Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UMK berperanan sebagai Peneraju Strategik dalam Pelan Strategik UMK30 – Teras 4 iaitu Pengukuhan Ekosistem Penyelidikan, Pembangunan, Inovasi, Komersialisasi Dan Jaringan Strategik Untuk Mencapai Ekonomi Yang Berimpak Mampan.
OBJEKTIF STRATEGIK
Struktur organisasi TNCPI merangkumi bahagian pentadbiran dan kewangan, yang menyokong urusan operasi pejabat, serta beberapa pejabat perkhidmatan yang mengurus Fungsi Penyelidikan, Komersialisasi, Jaringan Industri dan Penjanaan Pendapatan. Selain itu, Pejabat TNCPI turut menyelia Pusat Kecemerlangan Penyelidikan (CoE) dan Pusat Penyelidikan (RC) di UMK.
Keseluruhannya, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UMK memainkan peranan utama dalam merealisasikan Teras 4 Pelan Strategik UMK30 dengan memberi tumpuan kepada pengukuhan ekosistem penyelidikan dan pemacuan inovasi universiti. Melalui objektif strategiknya, pejabat ini berusaha membina sistem penyelidikan yang holistik dan mampan serta memperkukuh aktiviti inovasi, komersialisasi dan jaringan strategik bagi menyokong pembangunan ekonomi universiti yang berimpak tinggi dan lestari.
Penyelidikan dan inovasi dengan nilai komersial yang tinggi untuk pemindahan teknologi, penjanaan pendapatan, enjin pembangunan nasional dan antarabangsa serta peningkatan keusahawanan
Untuk memudahkan Universiti menuju ke arah kecemerlangan pengkomersilan penyelidikan di peringkat nasional dan antarabangsa
-Menempatkan penyelidikan dan inovasi sebagai salah satu agenda keutamaan UMK
-Untuk melahirkan penyelidik berkemahiran tinggi dan graduan yang berbakat, kreatif dan inovatif dalam penyelidikan
-Memfokuskan kluster/niche penyelidikan yang akan memberi identiti dalam kekuatan penyelidikan UMK
-Untuk mengukuhkan visi penyelidikan dan inovasi untuk keusahawanan
-Untuk menjalankan penyelidikan baharu, relevan dan memberi impak untuk pembangunan sosio-ekonomi
-Untuk melengkapkan agenda yang digariskan oleh agenda nasional dalam penyelidikan