VISI PEJABAT TNCPI
Penyelidikan dan inovasi dengan nilai komersial yang tinggi bagi tujuan pemindahan teknologi, ejen pembangunan dalam negara dan antarabangsa serta peningkatan keusahawanan.
MISI PEJABAT TNCPI
Memacu Universiti ke arah kecemerlangan dalam usaha pengkomersialan hasil penyelidikan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
OBJEKTIF KUALITI
Penyelidik utama (PI) 65% daripada jumlah pensyarah aktif.
Mencapai nisbah 0.75 penerbitan artikel dalam jurnal dan prosiding berindeks WoS/ SCOPUS setiap tahun.
Memperolehi nisbah lima (5) dalam kumulatif sitasi setiap tahun.
Mencapai 30 pingat (emas dan anugerah khas) yang diperolehi daripada penyertaan dalam pertandingan inovasi.
Menghasilkan lima (5) penyelidikan yang dikomersialkan (aktif) setahun.
Memastikan 25 dokumen MoU/MoA aktif pada tahun semasa.
Mencapai sekurang-kurangnya RM150,000.00 dana penyelidikan setiap tahun bagi Pusat Kecemerlangan.
DASAR KUALITI
Kami bertekad dan beriltizam memberikan perkhidmatan pengurusan penyelidikan yang terbaik dan penambahbaikan berterusan sistem penyampaian kepada pemegang taruh Universiti bagi pembentukan minda dan penciptaan inovasi berteraskan penyelidikan yang cemerlang.
SKOP MS ISO UMK