PENGENALAN SUBZON (TUN DR. ISMAIL)
Pelaksanaan Amalan 5S Sektor Awam di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) merupakan satu pendekatan yang bersesuaian dan diterima baik oleh semua warga Universiti. Warga UMK telah membuat peralihan daripada Amalan 5S kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) sebagai salah satu usaha untuk merealisasikan program transformasi dan pemantapan perkhidmatan awam.
EKSA telah diperkenalkan sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam dengan mengambil kira keperluan untuk mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang sistematik, selesa dan kondusif supaya lebih releven kepada jabatan/ agensi sektor awam di Malaysia. Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA masih berteraskan Amalan 5S yang ditambah baik dengan penambahan beberapa eleman baharu iaitu imej korporat, kreativiti dan inovasi, amalan hijau, persekitaran kondusif dan kepelbagaian pusat tanggungjawab.
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) telah dinamakan sebagai Subzon Tun Dr. Ismail di bawah Zon Canselori yang terletak di Aras 3, Bangunan Canselori, UMK Bachok dan terbahagi kepada:
VISI
Memantapkan pengurusan persekitaran serta kualiti penyampaian perkhidmatan yang berkualiti dan produktif.
MISI
Merealisasikan pembudayaan EKSA dalam kalangan warga UMK secara berterusan bagi mewujudkan perkhidmatan yang berkualiti melalui persekitaran kerja yang kondusif, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga universiti.
OBJEKTIF
MOTO