559 GRADUAN UMK TERIMA IJAZAH PADA SIDANG KEDUA ISTIADAT KONVOKESYEN UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

559 GRADUAN UMK TERIMA IJAZAH PADA SIDANG KEDUA ISTIADAT KONVOKESYEN UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

BACHOK 24 November 2022 I Tengku Mahkota Kelantan, Yang Teramat Mulia (YTM), Tengku Dr. Muhammad Fa-iz Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra, bertitah bahawa graduan hendaklah sentiasa bersiap-siaga dengan ilmu terkini serta menerapkan semangat pembelajaran sepanjang hayat.
Titah baginda, bertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah Az-Zumar ayat ke-9, iaitu Tidak akan sama antara orang yang berilmu dan orang yang tidak berilmu itu.
Selain itu, YTM Tengku Dr. Muhammad Fa-iz Petra selaku Pro-Canselor UMK bertitah graduan mesti menghargai jasa ibubapa dan insan yang telah berkorban untuk kejayaan anda. Hargailah mereka, kerana mereka sentiasa mendoakan kejayaan anda pada hari ini.
“Kepada para ibu bapa dan keluarga, anda mempunyai anak yang hebat. Hari ini mereka telah buktikan bahawa mereka memang mampu menjadi insan yang luar biasa.
“Mari kita doakan agar mereka memperoleh kejayaan berterusan, dianugerahkan hikmah kebijaksanaan dan jati diri, untuk berbakti kepada semua,” titah baginda pada Titah Ucapan Pro Canselor sempena Istiadat Konvokesyen UMK Ke 12, di Dewan Tuanku Canselor (DTC), Bachok, di sini hari ini.
Keberangkatan tiba YTM Tengku Muhammad Fa-iz Petra disambut oleh Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak dan Pengurusan Kanan UMK.
Pada majlis itu, YTM Tengku Muhammad Fa-iz Petra berkenan menganugerahkan ijazah kepada seramai 559 graduan UMK daripada empat fakulti pengajian iaitu Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT), Fakulti Industri Asas Tani (FIAT), Fakulti Sains Bumi (FSB) Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP).
Pro-Canselor bertitah agar UMK dapat teruskan momentum dengan memberi manfaat secara langsung kepada rakyat jelata dan pastikan ilmu di dada warga UMK mampu menyejahterakan rakyat Kelantan khususnya, dan rakyat Malaysia umumnya.
“Ini termasuklah bersama merancang pembangunan jangka panjang yang memberi kemakmuran kepada rakyat sehingga diberkati Allah SWT. Ingatlah, hakikat sebenar ilmu adalah ilmu yang bermanfaat,” titah baginda.
Sementara itu, Prof. Dato’ Dr. Razli menjunjung kasih dan merafak sembah ucapan tahniah kehadapan Yang Teramat Mulia Tuanku atas pelantikan sebagai Pro-Canselor Universiti Malaysia Kelantan.
Beliau berkata, untuk maklumanTuanku Pro-Canselor, buat pertama kalinya UMK tersenarai dalam The World University Rankings 2023, iaitu berada dalam kedudukan antara 1201-1500.
“Seterusnya, UMK mengukir sejarah baru apabila buat julung kalinya UMK tersenarai dalam World University Rankings Subject 2023 oleh Times Higher Education atau THE. Yang mana program atau subjek UMK berada dalam kedudukan antara 801-1000 terbaik dunia dalam bidang kejuruteraan yang ditawarkan oleh Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi dan Fakulti Sains Bumi, UMK.
“Dalam penarafan seterusnya, UMK kini berada dalam kedudukan antara 601-800 dalam Times Higher Education Impact Rankings untuk tahun 2022, berbanding kedudukan 801-1000 pada tahun lepas.
“Lebih membanggakan, UMK berada dalam kedudukan ke-96 di peringkat dunia berkaitan Sustainable Development Goals untuk matlamat pertama, iaitu No Poverty,” katanya.
Menurut Prof. Dato’ Dr. Razli, pada tahun 2022, UMK telah diiktiraf sebagai “the Employers’ Preferred Universities” oleh Talent Bank National Graduate Employability Indeks.
Sangat membanggakan apabila tiga bidang pengajian di UMK telah ditarafkan dengan enam bintang untuk bidang seni dan senireka, pengurusan hospitaliti dan logistik.
“Manakala, sebuah bidang pengajian lagi diberikan taraf lima bintang untuk bidang kewangan. Selain itu UMK telah menjadi universiti awam pertama di Malaysia yang menerima Akreditasi Antarabangsa berkaitan universiti keusahawanan.
“Kemudian UMK diiktiraf sebagai universiti awam keusahawanan pertama oleh Accreditation Council for Entrepreneurial and Engaged University (ACEEU). Momentum kejayaan ini dizahirkan dalam bentuk pengiktirafan yang lebih berimpak, iaitu UMK dinobatkan sebagai universiti awam nombor satu di Malaysia yang melahirkan bilangan graduan usahawan tertinggi di Malaysia.
“Kesemua pencapaian dan pengiktirafan ini menunjukkan warga UMK mempunyai jiwa yang besar, berwawasan jauh dan berjaya menjadi peneraju dalam dunia akademik serta keusahawanan dengan acuan yang tersendiri,” katanya.
 
May be an image of 6 people, people standing and outdoors
 
May be an image of 2 people, people standing and indoor
May be an image of 3 people, people standing and indoor
 
000
Read 96 times Last modified on Thursday, 05 January 2023 08:34
Rate this item
(0 votes)
Today113
Yesterday142
This week689
This month405
Total90058

Visitor Info

  • IP: 44.211.239.1
  • Browser: Unknown
  • Browser Version:
  • Operating System: Unknown

Who Is Online

2
Online

2023-02-03
Last Update : 1/1/2023

Enquiry / Complaint

Image

Contact Us

DEPUTY VICE CHANCELLOR
(RESEARCH AND INNOVATION) OFFICE
UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
16300 Bachok
Kelantan

 
Tel : 09 - 779 7400
Email: tncpi@umk.edu.my

Follow Us