UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)  TERSENARAI DI ASIA QS WORLD UNIVERSITY RANKING ASIA 2023, CATAT REKOD ANTARA UNIVERSITI TERBAIK DI ASIA

UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) TERSENARAI DI ASIA QS WORLD UNIVERSITY RANKING ASIA 2023, CATAT REKOD ANTARA UNIVERSITI TERBAIK DI ASIA

BACHOK 22 November 2022 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) tersenarai di antara universiti terbaik di Asia apabila berada di kedudukan 601-650 dalam QS World University Rankings: Asia 2023 yang diterbitkan oleh Quacqualrelli Symonds (QS), baru -baru ini.
Universiti turut menunjukkan peningkatan memberangsangkan dalam kalangan universiti penyelidikan di Asia Tenggara apabila mencatatkan tempat di kedudukan ke 93.
Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak berkata, ini menunjukkan peningkatan dari 81 kepada 79 peratus teratas berbanding QS World University Rankings: Asia 2022.
Katanya, merujuk kepada pencapaian dalam QS World University Rankings: Asia 2023, UMK dinilai di peringkat antarabangsa di ranking 262 bagi Staf Antarabanga dan bagi penilaian staf dengan PhD pula berada pada kedudukan 294 di Asia.
“Pencapaian ini membuktikan bahawa UMK mempunyai staf yang kompeten dalam pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan yang berimpak dan sentiasa memberi fokus kepada pelbagai aspek sains, teknologi dan juga keusahawanan selaras dengan tanggungjawab universiti iaitu Universiti Untuk Masyarakat.
“Ini secara tidak langsung menjadikan UMK sebagai sebuah institusi pilihan untuk melanjutkan pengajian terutamanya bagi pelajar antarabangsa dan sebagai penanda aras bagi UMK mengkaji serta memperbaiki pencapaian universiti dari pelbagai perspektif,” katanya.
Prof. Dato’ Dr. Razli berbangga kerana pencapaian itu adalah hasil dari pelaksanaan perancangan strategik dan hala tuju UMK dalam aspek akademik, penyelidikan, pengantarabangsaan dan pentadbiran.
Katanya, UMK akan terus bergerak maju sebagai pemain global bagi mencapai misi dan visi yang telah ditetapkan serta berada pada landasan terbaik sebagai universiti berfokus dalam memperkasa bidang keusahawanan di negara ini.
“UMK akan terus meningkatkan prestasi dan amalan terbaik bagi memperkasa bidang pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan bertaraf dunia dalam ekosistem teknologi dan keusahawanan dengan lebih kreatif juga inovatif yang dapat memanfaatkan masyarakat di negara ini.
“Pencapaian ini adalah bukti kejayaan kepada ekosistem RICES yang yang diperkenalkan pada tahun 2019 yang merangkumi aspek penyelidikan, inovasi, pengkomersialan, keusahawanan dan masyarakat,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Penerbitan Dan Penarafan, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi) berkata, peningkatan jumlah pelajar antarabangsa juga yang memberangsangkan menjadi penyebab kepada pencapaian ini selain meningkatkan bilangan mobiliti pelajar dan staf antarabangsa.
Justeru, UMK akan meneruskan pelbagai inisiatif dengan memberikan fokus utama kepada kualiti dan impak penyelidikan di dalam bidang tujahan utama dan Sustainable Development Goals (SDG) melalui kolaborasi strategik bersama agensi kerajaan, industri dan rakan antarabangsa di samping inisiatif penjenamaan serta visibiliti universiti melalui pelbagai ekosistem ini.
“Penilaian QS World University Rankings: Asia 2023 dibuat berdasarkan kepada sebelas kriteria penilaian iaitu reputasi akademik, reputasi majikan, nisbah pelajar kepada fakulti, staf dengan PhD, nisbah sitatsi kepada artikel, nisbah artikel kepada fakulti, jaringan penyelidikan antarabangsa, staf akademik antarabangsa, pelajar antarabangsa, dan pelajar pertukaran inbound serta outbound,”katanya.
000
Read 63 times Last modified on Thursday, 05 January 2023 08:11
Rate this item
(0 votes)
Today107
Yesterday142
This week683
This month399
Total90052

Visitor Info

  • IP: 44.211.239.1
  • Browser: Unknown
  • Browser Version:
  • Operating System: Unknown

Who Is Online

1
Online

2023-02-03
Last Update : 1/1/2023

Enquiry / Complaint

Image

Contact Us

DEPUTY VICE CHANCELLOR
(RESEARCH AND INNOVATION) OFFICE
UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
16300 Bachok
Kelantan

 
Tel : 09 - 779 7400
Email: tncpi@umk.edu.my

Follow Us