PULAU MABUL, SABAH 16 Disember 2022 l Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah menyertai program khidmat komuniti anjuran Jawatankuasa Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Awam Malaysia di Sekolah Kebangsaan Pulau Mabul, Semporna, Sabah. Semasa program tersebut, Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah telah menyampaikan sumbangan berbentuk buku kepada Perpustakaan sekolah tersebut. Buku-buku berkenaan adalah hasil sumbangan warga kerja Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMK. Selain itu, sumbangan berbentuk kewangan juga turut disumbangkan bagi tujuan pembangunan akademik sekolah. Turut sama semasa program tersebut ialah Pengarah Bahagian Komersialan dan Harta Intelek (ICD) UMK, Prof. Ir. Ts. Dr. Julie Juliewatty Binti Mohamed.


000