Style Switcher

Layout options
  • Boxed Layout
  • Full Width Layout
Primary Color

Official Portal of Deputy Vice Chancellor's (Research & Innovation) Office

 

header

Monday, 15 June 2020 06:59

TIGA CEO TERNAMA MALAYSIA TURUN PADANG KONGSI ILMU KEUSAHAWANAN DI UMK

Rate this item
(0 votes)

PENGKALAN CHEPA 14 Oktober I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) terus melangkah laju dalam memperkasakan kerangka keusahawanan pelajarnya dengan penglibatan tiga tokoh korporat terkenal negara menerusi program CEO@FACULTY PROGRAMMER (CFP) 1.0 LEARN FROM THE PROS.

Tiga tokoh berkenaan ialah Tan Sri Dr. Mohd Nadzmi Salleh (Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Nadicorp Berhad), Dato’ Bruce Lim Aun Choong (Pengarah Urusan Technoriat Sdn Bhd) dan Mr. Zhou Leo Chow (Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia).

Menurut Prof. Ts. Dr. Noor Azizi, platform CEO@Faculty UMK Programme bertujuan memberi akses kepada para pelajar, pensyarah, usahawan dan masyarakat setempat untuk mendapat input yang komprehensif dalam konteks keusahawanan melalui perkongsian cabaran, pengalaman dan peluang bimbingan serta latihan daripada pemain industri yang ternama di negara ini melalui UMK selaku perantara.

Katanya, UMK akan memainkan peranan besar dalam membangunkan sosio ekonomi untuk membentuk cara pemikiran pensyarah dan pelajar yang lebih relevan dan pro aktif ke arah pembangunan Negeri Kelantan serta seterusnya Malaysia turut mendapat manfaatnya.

“Sebagai sebuah universiti keusahawanan, kita mahu memainkan peranan secara menyeluruh termasuk kepada komuniti tempatan selaras dengan konsep Universiti Untuk Masyarakat dan Masyarakat untuk Universiti,” katanya pada Sesi Perkongsian Alxchange : CEO@ Faculty Programme (CFP) 1.0 Learn From The Pros, yang berlangsung pada 13 hingga 14 Oktober di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kelantan.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd. Rafi Yaacob, Timbalan Naib Canselor (Penyelidkkan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah, Pengarah Kanan, Institut Keusahawanan UMK, Prof. Dr. Nik Maheran Nik Muhammad dan Pengarah Pusat Jaringan Industri Universiti, Prof. Madya Dr. Wan Mohd Faizal Wan Ishak.

Sempena program itu, satu siri ceramah CEO Talk, oleh Tan Sri Dr. Mohd Nadzmi bertajuk “Successful Entrepreneur” telah diadakan di Dewan Keusahawanan UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa. Slot tersebut berjaya menarik audien apabila mendapat sambutan luar biasa daripada penonton yang memenuhi setiap ruang dewan dan turut ditonton oleh 3,500 penonton secara langsung dalam talian di Live FBRasmi UMK.

Beliau yang merupakan anak jati Kota Bharu, Kelantan, telah berkongsi kejayaan yang dikecapi dalam perniagaan bersama pelajar, usahawan serta pemain industri.

Pencapaian paling membanggakan ialah Tan Sri Dr. Mohd Nadzmi telah diberi kepercayaan mengendalikan syarikat-syarikat kerajaan yang bermasalah seperti PROTON, MARA, Park May Sdn. Bhd dan BAM, sehingga berjaya mencatatkan keuntungan yang memberangsangkan.

Menurut Tan Sri Dr. Mohd Nadzmi, seseorang yang bergelar usahawan perlu mempunyai keyakinan diri serta minat, kesungguhan, kesabaran dan takwa untuk beroleh kejayaan cemerlang.

Pada sebelah petang, turut diadakan Mesyuarat Jalinan Kerjasama Akademia-Industri bersama pihak pengurusan Universiti dan syarikat Nadicorp Holdings Sdn Bhd serta pihak industri di Hotel H Elite, Tunjong Kota Bharu.

Bagi meraikan sokongan rakan strategik Pusat Jaringan Industri dan Komuniti (CIUC), turut diadakan majlis penyampaian watikah kepada tujuh wakil industri dan agensi iaitu Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Kelantan, Celcom Axiata, Dream Edges Sdn Bhd, Norish Emcee and Event Production, Natgreen Resources Sdn Bhd , H Elite Design dan Qaseh Batik Songket, sempena Majlis Makan Malam Jaringan Mesra Industri CEO@Faculty,di SkyPool Aras 18, Hotel H Elite, pada 13 Oktober 2019.

Sementara itu, dalam slot Program CEO Talk Entrepreneurs Business Online oleh Timbalan Presiden Pembangunan Perniagaan Lazada Malaysia, Mr. Saravanan Karapiah berkongsi trend perniagaan dalam talian atau business online dan prospek perniagaan secara digital.

Menurut Mr. Saravanan, Lazada menyediakan platform untuk e-Niaga untuk menjual barangan atau menyediakan perkhidmatan kepada pengguna melalui aplikasi untuk membeli- belah di atas talian dengan lebih selamat dan efisien.

Beliau berkata, bidang perniagaan berkaitan industri fesyen tempatan mempunyai prospek yang besar untuk jualan dalam talian untuk pasaran pada masa akan datang. Justeru, beliau berharap ramai industri atau usahawan mengambil kesempatan ini untuk memasarkan produk jenama tempatan untuk menembusi pasaran antarabangsa, menerusi platform digital secara besar-besaran.

Dalam pada itu, UMK menjadi universiti awam pertama menjalinkan kerjasama dengan pihak Lazada Malaysia dengan merancang untuk koloborasi pensijilan menerusi kursus-kursus tertentu, bagi memberi nilai tambah kepada pelajarnya.

CEO@FACULTY merupakan inisiatif oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan melibatkan semua universiti awam di Malaysia.

Read 44 times

Visitor Counter

Today
Month
51
3115

Online (15 minutes ago):16
16 guests

Contact Us


Deputy Vice Chancellor's (Research and Innovation) Office
Universiti Malaysia Kelantan, Locked Bag No 01, 
16300 Bachok, Kelantan.

Tel : +609 - 779 7400 | Fax: +609 - 771 7022
Best View: 1280 x 800

 

Join us on Facebook