Style Switcher

Layout options
  • Boxed Layout
  • Full Width Layout
Primary Color

Official Portal of Deputy Vice Chancellor's (Research & Innovation) Office

 

header

Monday, 15 June 2020 06:55

PRODUK BERASASKAN ARANG DAN PRODUK KENAF UMK TERIMA PENGIKTIRAFAN DI MYC MESTECC 2019

Rate this item
(0 votes)

72855801 2574009979320354 2028514097577852928 n

KUALA LUMPUR, 10 OKTOBER I Universiti Malaysia Kelantan (UMK), sekali lagi mendapat pengiktirafan di peringkat nasional dan antarabangsa dengan menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan syarikat I Medikel Cosmeceutical (M) Sdn. Bhd bagi membangunkan aktiviti penyelidikan serta pengkomersilan universiti melalui kerjasama dengan industri.

Majlis pertukaran dokumen tersebut diwakili oleh Timbalan Naib Canselor ( Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts . Dr. Arham Abdullah dan wakil Pengerusi I Medikel Cosmeceutical (M) Sdn Bhd, serta disaksikan oleh Menteri MESTECC, YB. Puan Yeo Bee Yin, di Tapak Pameran Tahun Pengkomersialan Malaysia (MYC) 2019 sempena Persidangan dan Pameran Antarabangsa Produk Teknologi Hijau & Eko Malaysia (IGEM) ke-10 anjuran MESTECC, yang berlangsung selama tiga hari di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), bermula 9 hingga 11 Oktober 2019.

Turut hadir, Ketua Setiausaha MESTECC, Dato’ Seri Dr. Mohd Azhar Haji Yahya.

Melalui kerjasama itu UMK akan menerima geran pandanan dibawah projek PPRN berjumlah RM130,000.00 daripada MESTECC dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Menurut Pengarah Kanan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman, melalui geran inovasi itu UMK dengan kerjasama syarikat I Medikel Cosmeceutical telah membangunkan produk penyelidikan bertajuk Use Of Active-Bio Carbon As Active IngredientFor Multifunctional Effect In Personal Care Product yang dihasilkan oleh Prof. Madya Dr. Palsan Sannasi Abdullah.

Katanya, produk penyelidikan ini adalah variasi bahan aktif yang berasaskan arang yang mempunyai keupayaan pelbagai fungsi untuk digunakan dalam dalam produk penjagaan diri atau kosmetik. Produk yang diperkayakan dengan sumber semulajadi ini dihasilkan untuk rawatan muka melalui topeng arang dan pencuci muka.

“Alhamdullilah, melalui geran ini kita berjaya meningkatkan imej universiti dalam penghasilan produk yang dapat dikomersialkan serta berpotensi tinggi untuk dimanfaatkan kepada umum,” katanya.

Menurut beliau lagi dua produk penyelidikan UMK juga telah berjaya ke Finalis Anugerah Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) 2019 untuk
kategori ‘Anugerah Usahawan Penyelidik menerusi produk Use Of Active-Bio Carbon As Active Ingredient For Multifunctional Effect In Personal Care Product (Dr. Palsan) dan produk Integrated Kenaf Bio-Processing System - Biozyme Ultimate Debark Unit (B.U.D.U) untuk kategori Anugerah Inovator Baharu oleh Dr. Mardawani Mohamad.

MCY merupakan penyumbang penting kepada pertumbuhan ekonomi baharu dalam pembangunan teknologi hasil R&D yang menjadi output kepada industri.

Objektif MCY ialah mengenalpasti dan membantu proses pengkomersialan yang bersesuaian supaya produk-produk dan perkhidmatan R&D tempatan dapat menembusi pasaran di peringkat kebangsaan, serantau dan global. Pemenang hadiah utama Anugerah MCY menerima hadiah bernilai RM100,000.00 dan untuk hadiah saguhati yang menawarkan hadiah bernilai RM40,000.00.

 

72410208 2574010265986992 1965736678031097856 n

Read 56 times

Visitor Counter

Today
Month
100
3164

Online (15 minutes ago):20
20 guests

Contact Us


Deputy Vice Chancellor's (Research and Innovation) Office
Universiti Malaysia Kelantan, Locked Bag No 01, 
16300 Bachok, Kelantan.

Tel : +609 - 779 7400 | Fax: +609 - 771 7022
Best View: 1280 x 800

 

Join us on Facebook