Style Switcher

Layout options
  • Boxed Layout
  • Full Width Layout
Primary Color

Official Portal of Deputy Vice Chancellor's (Research & Innovation) Office

 

header

Wednesday, 27 March 2019 03:41

UMK JALIN KERJASAMA INDUSTRI KOMERSIALKAN PRODUK BIOARANG ORGANIK AcBioC

Rate this item
(0 votes)
image 6483441 4
 
BACHOK, 21 Mac I Universiti Malaysia Kelantan  (UMK) menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Green Impiana Brothers Solution (GIBS) bagi meningkatkan hasil penyelidikan pengeluaran produk bioarang berjenama AcBioC BioChar untuk tujuan pengkomersialan.
 
MoA itu ditandatangani oleh Naib Canselor UMK, Prof. Dr. Noor Azizi Ismail manakala GIBS di wakili oleh  Pengurusnya, En. Khairul Azizi Ramli, pada majlis yang berlangsung di Bilik Seminar 2, Bangunan Canseleri, UMK Bachok, pada 20 Mac 2019.
 
image 6483441 1Turut hadir, Yang Menjalankan Fungsi Timbalan Naib Canselor ( Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Che Omar, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Zaliman Sauli, Pengarah Pejabat Perundingan Harta Intelek Dan Pengkormersialan, Dr. Mohd Hafiz Jamaludin dan Penyelidik Produk Inovasi AcBioC, Prof. Madya Dr Palsan Sannasi Abdullah.
 
Menurut Prof. Dr. Noor Azizi, MoA ini adalah hasil kerjasama penyelidikan yang diketuai Prof. Madya Dr Palsan Sannasi bagi penghasilan baja organik dengan syarikat GIBS sejak 2016, untuk inovasi baru dalam menghasilkan baja organik yang berkualiti dan selamat.
 
Katanya, memorandum ini merangkumi penggunaan jenama AcBioC untuk diguna pakai pada produk arang dan terbitan arang oleh GIBS bagi penghasilan baja organik yang mendapat permintaan tinggi yang digunakan untuk memberi kesuburan kepada tanah seterusnya menjadikan pokok membesar dengan baik.
 
“Kerjasama ini menunjukkan produk Biochar Ac-Bio-C memberi impak positif bahawa produk inovasi UMK telah bersedia dan sudah bergerak ke arah penyelidikan berimpak komersial yang selari dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 
 
“Menerusi dana penyelidikan UMK, secara tidak langsung telah membantu usahawan dan menjana pendapatan kepada universiti sekaligus merancakkan pertumbuhan ekonomi dan seterusnya memberi manfaat kepada  negara,” katanya.
 
Prof. Dr. Noor Azizi berkata, selain inovasi baja organik pihak UMK turut menghasilkan inovasi baru antaranya Rumah Burung Walet,  Soft Gelatin Madu Kelulut dan Smart Aqua Monitoring System untuk menentukan kualiti air dalam kolam ternakan ikan.
 
image 6483441“UMK akan menghasilkan lebih banyak penyelidikan yang memenuhi kehendak industri dengan memperbanyakan lagi penyelidikan yang relevan. 
 
“Maknanya penyelidikan ini memenuhi kehendak masyarakat, industri dan penyelidikan ini dapat dipindahkan kepada masyarakat ataupun dalam bentuk perniagaan,” jelasnya.
 
Sementara itu, Prof. Madya Dr. Palsan Sannasi berkata, produk bioarang ini adalah adunan lengkap produk campuran media penanaman organik 6 dalam 1 yang diperkaya dengan BioArang AcBioC (AcBioC BioChar) untuk semua jenis tanah dan tanaman.
 
Katanya, kandungan bioarang ini  adalah hasilan stabil sumber biojisim agro yang telah melalui proses karbonisasi terkawal. 
 
Selain bioarang, campuran media penanaman organik ini mengandungi tanah atas (topsoil), serabut kelapa (cocopeat), pasir sungai, sekam bakar, dan mikroorganisma berkesan (effective microorganisms). 
 
Medium ini dapat menggalakkan pertumbuhan mikrob serta menambah-baik sifat fizikal, kimia, dan biologi tanah secara semulajadi. Ia tiada bau busuk kerana bebas daripada tinja haiwan. 
 
“Dengan aplikasi amalan organik yang dihasilkan pada kandungan baja bukan sahaja baik untuk alam sekitar tetapi dapat memupuk gaya hidup yang lebih selamat kepada masyarakat,” jelas beliau.
 
Dalam pada itu, En. Khairul Azizi menyifatkan kerjasama penyelidikan bersama UMK  ini memberi impak yang besar kerana masih ramai yang belum tahu akan teknologi pengolahan biojisim yang boleh menghasilkan produk arang dan terbitan arang dengan nilai tambah tinggi. 
 
image 6483441 2Sebelum ini syarikat lebih tertumpu kepada aktiviti pembakaran tempurung kelapa bagi membuat arang, juga sebagai bahan bagi penapisan air. 
 
“Hasil inovasi bersama UMK yang menggunakan bioarang dalam penghasilan baja ini terbukti berfungsi sebagai pemegang nutrien yang terbaik, iaitu dalam 1 beg baja (20 liter) ia mengandungi 1 billion bakteria baik.
 
“Kajian yang ini juga membuktikan bahawa produk ini mengekalkan konsep mesra alam berkesan terhadap pertanian dan alam sekitar,” katanya.
 
Pusat Hal Ehwal Korporat I Foto Al Azam Razi, Ab Halim Hafiz Ab Aziz
 
image 6483441 3
Read 90 times

Visitor Counter

Today
Month
24
7081

Online (15 minutes ago):20
20 guests

Contact Us


Deputy Vice Chancellor's (Research and Innovation) Office
Universiti Malaysia Kelantan, Locked Bag No 01, 
16300 Bachok, Kelantan.

Tel : +609 - 779 7400 | Fax: +609 - 771 7022
Best View: 1280 x 800

 

Join us on Facebook