Style Switcher

Layout options
  • Boxed Layout
  • Full Width Layout
Primary Color

Official Portal of Deputy Vice Chancellor's (Research & Innovation) Office

 

header

Tuesday, 19 March 2019 04:29

PEMBUDAYAAN KREATIVITI DAN INOVASI MENGIKUT TAHAP PENYELIDIKAN KERSARJANAAN

Rate this item
(0 votes)

PENGKALAN CHEPA I Para akademik dan ilmuwan perlu menjalankan penyelidikan dan inovasi yang sentiasa segar serta relevan khususnya dalam menangani isu semasa dan paling penting mampu membawa kepada arus perubahan yang signifikan kepada masyarakat dan Negara.

Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof. Dr. Noor Azizi Ismail berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui amanat oleh YAB Menteri Pendidikan telah merumuskan pentingnya mengembalikan wibawa pengajian Tinggi di dalam Aspirasi ke - 5 iaitu penyelidikan ke arah menyelesaikan masalah masyarakat yang bersifat semasa dan substantial.

51694266 2154696784585011 3420499791187017728 nBeliau berkata, penyelidikan tidak sepatutnya berakhir dalam bentuk penulisan ilmiah sahaja dan berhenti setakat menambahkan bilangan penerbitan dan kedudukan Universiti di dunia tetapi penyelidikan hendaklah disusuli dengan penghasilan produk inovasi yang seterusnya dapat memberi manfaat kepada masyarakat sejajar dengan saranan Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu universiti untuk masyarakat.

“Hasrat ini bolehlah diterjemahkan melalui penyelidikan dan inovasi yang boleh membawa perubahan kepada kehidupan masyarakat; yang miskin menjadi kaya, yang tidak tahu menjadi berilmu dan yang bersahaja menjadi usahawan yang berjaya.

“Peranan besar ini perlu digalas oleh kita semua dan anda semua sebagai ilmuan di menara gading yang menjadi harapan masyarakat sekitar samada negeri Kelantan mahupun diperingkat Malaysia dan seantero dunia,” katanya pada program Sesi Perkongsian Bersama Dr. Melati Nungsari Bersama Staf Akademik, di Dewan Eksperimental, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, pada 10 Februari 2019.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd Rafi Yaacob, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Dr. Zaliman Sauli, Yang Menjalankan Tugas, En. Akhmal Abu Bakar dan Pengarah Pejabat Perundingan Harta Intelek dan Pengkormersialan, Dr. Mohd Hafiz Jamaludin.

Menurut Prof. Dr. Noor Azizi, sesi perkongsian ini menempa satu lagi pencapaian penting UMK apabila mendapat kerjasama baik daripada Asia School of Business (ASB) dan MIT Sloan School of Management dengan membawa Dr. Melati Nungsari sebagai panel penceramah.

Katanya, kerjasama dan sokongan daripada pihak industri perlu dilaksanakan secara aktif untuk meneruskan agenda memperkasakan produk penyelidikan serta aktiviti pengkomersialan yang boleh ditingkatkan produktivitinya melalui sokongan penjanaan dan peningkatan kapasiti penghasilan.

“Daripada perkongsiannya kita mendapat input daripada Dr. Melati Nungsari berdasarkan tajuk perkongsian iaitu; Mens et Manus in Malaysia: Creating Socially Impactful Research Program.

“ASB merupakan sebuah institusi pendidikan pengurusan perniagaan yang terunggul bagi membangunkan dan menghasilkan generasi pemimpin akan datang di rantau ini dan dalam ekonomi sedang pesat membangun,” katanya.

Sementara itu, Dr. Mohd Hafiz berkata, penceramah jemputan iaitu Dr. Melati Nungsari adalah profesor ekonomi di Asia school of Business, iaitu institut yang bekerjasama dengan bank negara, MIT Sloan School of Management, Massachusettes Instittute of Technology, Cambridge.

Katanya, beliau mempunyai memiliki ijazah PhD di University of North Carolina di Chapel Hill.

“Kami berharap dengan networking session antara Dr. Melati Nungsari dan Pejabat Jaringan Industri dan Komuniti (ILCO) serta beberapa PTJ lain berjaya bagi mengenalpasti kerjasama yang berpotensi untuk dilaksanakan pada masa akan datang,” katanya.

51368777 2154693341252022 994932356689166336 n

Read 65 times

Visitor Counter

Today
Month
240
7050

Online (15 minutes ago):17
17 guests

Contact Us


Deputy Vice Chancellor's (Research and Innovation) Office
Universiti Malaysia Kelantan, Locked Bag No 01, 
16300 Bachok, Kelantan.

Tel : +609 - 779 7400 | Fax: +609 - 771 7022
Best View: 1280 x 800

 

Join us on Facebook