Style Switcher

Layout options
  • Boxed Layout
  • Full Width Layout
Primary Color

Official Portal of Deputy Vice Chancellor's (Research & Innovation) Office

 

header

Tuesday, 25 July 2017 08:19

PELAN TINDAKAN STEM BERSEPADU PERKUKUHKAN KESEDARAN MASYARAKAT TERHADAP SAINS DAN MATEMATIK

Rate this item
(0 votes)

Oleh : Syarimie Wosley      Foto : Al Azam Razi

PELAN tindakan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) secara bersepadu yang diperkenalkan oleh kerajaan merupakan satu gerakan pembaharuan bagi memberikan nafas baru kepada bidang pendidikan Sains dan Matematik yang telah dilaksanakan di peringkat persekolahan.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB. Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching, berkata, pendekatan STEM Bersepadu ini membabitkan kerjasama kerajaan, Kementerian Pendidikan Tinggi, Universiti, warga pendidik, Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk menyumbang kepakaran yang menyokong usaha untuk menyediakan tenaga kerja berkemahiran tinggi sebagai persediaan menghadapi Transformasi Nasional 2050 (TN50)

Beliau berkata, STEM bersepadu ini menjadi teras kepada pembinaan kurikulum baru Sains dan Metematik yang lebih mempunyai nilai pengintegerasian pelbagai jenis bidang ilmu dan amalan bagi menjadikannya lebih menarik untuk dipilih oleh pelajar.

“Bidang STEM adalah pemacu utama pertumbuhan ekonomi pada masa akan datang dimana negara memerlukan STEM berbagai kepakaran bagi meningkatkan produktiviti dan daya saing negara untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

“Justeru, bagi memenuhi hasrat ini sudah tentu pengetahuan dan budaya STEM perlu diterapkan kepada masyarakat dan pelajar serta menjadi sebahagian budaya untuk menggerakkan inovasi dari peringkat akar umbi dan menjadi lebih mudah untuk disebarluaskan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran National STEM Movement Chapter Negeri Kelantan dengan kerjasama Majlis Profesor Negara (MPN) Chapter Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, di Dewan Keusahawanan UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, pada 26 Mac 2017.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) merangkap Pengerusi MPN Chapter UMK, Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Che Omar, Pengerusi National STEM Movement, Prof. Dato’ Dr. Noraini Idris, Penolong Naib Canselor (Pembangunan Korporat dan Pengurusan Kualiti, Prof. Rosdi Ab. Rahman dan Pengarah JPN  Kelantan, Tuan Haji Jaafar Ismail.

Menurut Datuk Dr. Mary Yap, kerjasama ini amat penting dalam memupuk minat dan kesedaran pelajar sekolah terhadap aliran STEM.

Katanya, kerjasama itu boleh dilaksanakan menerusi inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang mana pihak berkaitan dalam pendidikan bersama-sama merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti untuk tujuan itu.

"Negara kekurangan pelajar yang meminati bidang sains dan teknologi pada peringkat sekolah dan kesannya telah dapat dirasakan pada peringkat universiti.

Justeru, Datuk Dr. Mary Yap mahu universiti harus mengambil peranan seumpama ini di samping mengenal pasti aspek-aspek yang perlu dititikberatkan dalam melonjakkan bilangan pelajar yang memilih aliran sains dan teknikal kepada nisbah 60:40 seperti yang dihasratkan.

Gerakan STEM Kebangsaan Cawangan Kelantan, adalah satu bentuk kerjasama antara MPN, UMK, Gerakan STEM Kebangsaan dan JPN Kelantan untuk menanam minat dalam kalangan pelajar terhadap STEM.

Program ini juga bakal menyediakan platform bagi peserta untuk berbincang, berkongsi maklumat, pengalaman isu terkini, cabaran dan strategi memartabatkan mata pelajaran STEM.

Dalam pada itu, Prof. Dato’ Dr. Noraini berkata pelaksanaan program STEM  perlu digembeleng kerana bilangan pelajar yang mengambil aliran STEM di negara kini semakin kronik.

"Untuk mencapai negara maju, kita memerlukan kuasa nisbah 60:40, namun kini jumlah pelajar di aliran STEM adalah sekitar nisbah 30:70 sahaja.

"Kita mahu langkah drastik dilaksanakan untuk memastikan kita melangkah seiring dengan negara-negara maju lain seperti Singapura yang sudah jauh ke hadapan dalam pelbagai aspek," katanya.

Sementara itu, Prof. Dato’ Dr. Ibrahim berkata, negara memerlukan kepakaran dalam berbagai displin sains dan teknologi untuk mewujudkan inovasi dan produk baru dalam usaha untuk menjayakan program Transformasi Nasional (TN50).

Katanya, pelbagai program telah dan sedang dilaksanakan untuk memperkasakan STEM iaitu program pengukuhan STEM, program bicara rakyat yang bermatlamat untuk memberi pendedahan kepada guru, ibu bapa dan masyarakat berkenaan kepentingan kesedaran mengaplikasikan ilmu sains dan teknologi.

Katanya, selain itu, program Prof@School yang diperkenalkan itu adalah bertujuan untuk memanfaatkan kepakaran profesor ikon di sekolah seluruh negeri Kelantan.

“Profesor at Scholl (Prof@School) adalah merupakan program mentor-mantee yang akan membabitkan 75 buah sekolah di seluruh Kelantan yang akan berkongsi kemahiran dan kepakaran mereka untuk membantu sebagai pakar rujuk dalam memperkasakan bidang kritikal seperti STEM.

“Mereka ini akan berada di semua sekolah sepanjang tahun untuk menyampaikan kepakaran dan menjayakan setiap projek-projek yang dilaksanakan bersama-sama kerana para profesor ini adalah milik masyarakat  dan profesor ini mesti berkongsi pengalaman dan kepakaran dengan masyarakat.

“Ini adalah sumbangan yang amat besar, sekiranya profesor UMK dapat membantu melahirkan generasi muda yang berpendidikan STEM di masa hadapan,” ujarnya.

Read 1496 times

Visitor Counter

Today
Month
50
8066

Online (15 minutes ago):7
7 guests

Contact Us


Deputy Vice Chancellor's (Research and Innovation) Office
Universiti Malaysia Kelantan, Locked Bag No 01, 
16300 Bachok, Kelantan.

Tel : +609 - 779 7400 | Fax: +609 - 771 7022
Best View: 1280 x 800

 

Join us on Facebook