Style Switcher

Layout options
  • Boxed Layout
  • Full Width Layout
Primary Color

Portal Rasmi Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)

portal1

PENGKALAN CHEPA 14 Oktober I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) terus melangkah laju dalam memperkasakan kerangka keusahawanan pelajarnya dengan penglibatan tiga tokoh korporat terkenal negara menerusi program CEO@FACULTY PROGRAMMER (CFP) 1.0 LEARN FROM THE PROS.

Tiga tokoh berkenaan ialah Tan Sri Dr. Mohd Nadzmi Salleh (Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Nadicorp Berhad), Dato’ Bruce Lim Aun Choong (Pengarah Urusan Technoriat Sdn Bhd) dan Mr. Zhou Leo Chow (Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia).

Menurut Prof. Ts. Dr. Noor Azizi, platform CEO@Faculty UMK Programme bertujuan memberi akses kepada para pelajar, pensyarah, usahawan dan masyarakat setempat untuk mendapat input yang komprehensif dalam konteks keusahawanan melalui perkongsian cabaran, pengalaman dan peluang bimbingan serta latihan daripada pemain industri yang ternama di negara ini melalui UMK selaku perantara.

Katanya, UMK akan memainkan peranan besar dalam membangunkan sosio ekonomi untuk membentuk cara pemikiran pensyarah dan pelajar yang lebih relevan dan pro aktif ke arah pembangunan Negeri Kelantan serta seterusnya Malaysia turut mendapat manfaatnya.

“Sebagai sebuah universiti keusahawanan, kita mahu memainkan peranan secara menyeluruh termasuk kepada komuniti tempatan selaras dengan konsep Universiti Untuk Masyarakat dan Masyarakat untuk Universiti,” katanya pada Sesi Perkongsian Alxchange : CEO@ Faculty Programme (CFP) 1.0 Learn From The Pros, yang berlangsung pada 13 hingga 14 Oktober di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kelantan.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd. Rafi Yaacob, Timbalan Naib Canselor (Penyelidkkan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah, Pengarah Kanan, Institut Keusahawanan UMK, Prof. Dr. Nik Maheran Nik Muhammad dan Pengarah Pusat Jaringan Industri Universiti, Prof. Madya Dr. Wan Mohd Faizal Wan Ishak.

Sempena program itu, satu siri ceramah CEO Talk, oleh Tan Sri Dr. Mohd Nadzmi bertajuk “Successful Entrepreneur” telah diadakan di Dewan Keusahawanan UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa. Slot tersebut berjaya menarik audien apabila mendapat sambutan luar biasa daripada penonton yang memenuhi setiap ruang dewan dan turut ditonton oleh 3,500 penonton secara langsung dalam talian di Live FBRasmi UMK.

Beliau yang merupakan anak jati Kota Bharu, Kelantan, telah berkongsi kejayaan yang dikecapi dalam perniagaan bersama pelajar, usahawan serta pemain industri.

Pencapaian paling membanggakan ialah Tan Sri Dr. Mohd Nadzmi telah diberi kepercayaan mengendalikan syarikat-syarikat kerajaan yang bermasalah seperti PROTON, MARA, Park May Sdn. Bhd dan BAM, sehingga berjaya mencatatkan keuntungan yang memberangsangkan.

Menurut Tan Sri Dr. Mohd Nadzmi, seseorang yang bergelar usahawan perlu mempunyai keyakinan diri serta minat, kesungguhan, kesabaran dan takwa untuk beroleh kejayaan cemerlang.

Pada sebelah petang, turut diadakan Mesyuarat Jalinan Kerjasama Akademia-Industri bersama pihak pengurusan Universiti dan syarikat Nadicorp Holdings Sdn Bhd serta pihak industri di Hotel H Elite, Tunjong Kota Bharu.

Bagi meraikan sokongan rakan strategik Pusat Jaringan Industri dan Komuniti (CIUC), turut diadakan majlis penyampaian watikah kepada tujuh wakil industri dan agensi iaitu Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Kelantan, Celcom Axiata, Dream Edges Sdn Bhd, Norish Emcee and Event Production, Natgreen Resources Sdn Bhd , H Elite Design dan Qaseh Batik Songket, sempena Majlis Makan Malam Jaringan Mesra Industri CEO@Faculty,di SkyPool Aras 18, Hotel H Elite, pada 13 Oktober 2019.

Sementara itu, dalam slot Program CEO Talk Entrepreneurs Business Online oleh Timbalan Presiden Pembangunan Perniagaan Lazada Malaysia, Mr. Saravanan Karapiah berkongsi trend perniagaan dalam talian atau business online dan prospek perniagaan secara digital.

Menurut Mr. Saravanan, Lazada menyediakan platform untuk e-Niaga untuk menjual barangan atau menyediakan perkhidmatan kepada pengguna melalui aplikasi untuk membeli- belah di atas talian dengan lebih selamat dan efisien.

Beliau berkata, bidang perniagaan berkaitan industri fesyen tempatan mempunyai prospek yang besar untuk jualan dalam talian untuk pasaran pada masa akan datang. Justeru, beliau berharap ramai industri atau usahawan mengambil kesempatan ini untuk memasarkan produk jenama tempatan untuk menembusi pasaran antarabangsa, menerusi platform digital secara besar-besaran.

Dalam pada itu, UMK menjadi universiti awam pertama menjalinkan kerjasama dengan pihak Lazada Malaysia dengan merancang untuk koloborasi pensijilan menerusi kursus-kursus tertentu, bagi memberi nilai tambah kepada pelajarnya.

CEO@FACULTY merupakan inisiatif oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan melibatkan semua universiti awam di Malaysia.

72855801 2574009979320354 2028514097577852928 n

KUALA LUMPUR, 10 OKTOBER I Universiti Malaysia Kelantan (UMK), sekali lagi mendapat pengiktirafan di peringkat nasional dan antarabangsa dengan menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan syarikat I Medikel Cosmeceutical (M) Sdn. Bhd bagi membangunkan aktiviti penyelidikan serta pengkomersilan universiti melalui kerjasama dengan industri.

Majlis pertukaran dokumen tersebut diwakili oleh Timbalan Naib Canselor ( Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts . Dr. Arham Abdullah dan wakil Pengerusi I Medikel Cosmeceutical (M) Sdn Bhd, serta disaksikan oleh Menteri MESTECC, YB. Puan Yeo Bee Yin, di Tapak Pameran Tahun Pengkomersialan Malaysia (MYC) 2019 sempena Persidangan dan Pameran Antarabangsa Produk Teknologi Hijau & Eko Malaysia (IGEM) ke-10 anjuran MESTECC, yang berlangsung selama tiga hari di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), bermula 9 hingga 11 Oktober 2019.

Turut hadir, Ketua Setiausaha MESTECC, Dato’ Seri Dr. Mohd Azhar Haji Yahya.

Melalui kerjasama itu UMK akan menerima geran pandanan dibawah projek PPRN berjumlah RM130,000.00 daripada MESTECC dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Menurut Pengarah Kanan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman, melalui geran inovasi itu UMK dengan kerjasama syarikat I Medikel Cosmeceutical telah membangunkan produk penyelidikan bertajuk Use Of Active-Bio Carbon As Active IngredientFor Multifunctional Effect In Personal Care Product yang dihasilkan oleh Prof. Madya Dr. Palsan Sannasi Abdullah.

Katanya, produk penyelidikan ini adalah variasi bahan aktif yang berasaskan arang yang mempunyai keupayaan pelbagai fungsi untuk digunakan dalam dalam produk penjagaan diri atau kosmetik. Produk yang diperkayakan dengan sumber semulajadi ini dihasilkan untuk rawatan muka melalui topeng arang dan pencuci muka.

“Alhamdullilah, melalui geran ini kita berjaya meningkatkan imej universiti dalam penghasilan produk yang dapat dikomersialkan serta berpotensi tinggi untuk dimanfaatkan kepada umum,” katanya.

Menurut beliau lagi dua produk penyelidikan UMK juga telah berjaya ke Finalis Anugerah Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) 2019 untuk
kategori ‘Anugerah Usahawan Penyelidik menerusi produk Use Of Active-Bio Carbon As Active Ingredient For Multifunctional Effect In Personal Care Product (Dr. Palsan) dan produk Integrated Kenaf Bio-Processing System - Biozyme Ultimate Debark Unit (B.U.D.U) untuk kategori Anugerah Inovator Baharu oleh Dr. Mardawani Mohamad.

MCY merupakan penyumbang penting kepada pertumbuhan ekonomi baharu dalam pembangunan teknologi hasil R&D yang menjadi output kepada industri.

Objektif MCY ialah mengenalpasti dan membantu proses pengkomersialan yang bersesuaian supaya produk-produk dan perkhidmatan R&D tempatan dapat menembusi pasaran di peringkat kebangsaan, serantau dan global. Pemenang hadiah utama Anugerah MCY menerima hadiah bernilai RM100,000.00 dan untuk hadiah saguhati yang menawarkan hadiah bernilai RM40,000.00.

72410208 2574010265986992 1965736678031097856 n

WhatsApp Image 2019 10 06 at 11.41.44 AM 1

PENGKALAN CHEPA 3 OKTOBER I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menyediakan peluang perniagaan secara online kepada penyelidik, usahawan dan komuniti niaga untuk memasarkan produk mereka menerusi platform Laman E Dagang UNIK19.com.

Sistem jualan atas talian ini dibangunkan oleh Institut Keushahawanan UMK (UMKEI) melalui geran projek keusahawanan berimpak tinggi yang disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Platfrom UNIK19.com adalah nama simbolik kepada UMK selaku universiti awam ke 19.

Pengarah UMKEI, Prof.Dr.Nik Maheran Nik Mohamed berkata, pelancaran UNIK19.com adalah seiring dengan perkembangan ledakan teknologi IR4.0 bahawa pentingnya digital platform untuk memasarkan produk secara atas talian atau maya.

WhatsApp Image 2019 10 06 at 11.41.44 AM 2Katanya, pasaraya atas talian ini, di bangunkan oleh Prof. Madya Dr. Muhammad Azwadi Sulaiman dan projek ini di ketuai oleh Dr. Siti Fatimah Mohd Ramli pensyarah dan penyelidik dari Fakulti Industri Asas Tani (FIAT).

“Laman UNIK19.com akan memudahkan penyelidik atau usahawan baharu berniaga memasarkan produk hasil penyelidikan pensyarah UMK serta produk pelajar dan pensyarah yang lain. Platform ini memudahkan mereka membuat transaksi jualan dan pembelian selain tidak menghadapi sebarang masalah berhubung simpanan stok barangan,” katanya pada majlis pelancaran Laman UNIK19.com oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah sempena Program Gerak Gempur keusawahanan 2.0, di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, baru-baru ini.

Menurut Prof.Nik Maheran, laman UNIK19.com telah memasarkan lebih 30 produk hasil penyelidikan pensyarah dan pelajar telah di paparkan untuk pasaran umum di aplikasi UNIK19.com.

Katanya, laman ini juga menyediakan saluran tambahan untuk memasarkan dan menjual produk UMK.

“Melalui laman ini, kami berharap produk UMK akan lebih terdedah kepada umum dan lebih ramai pelanggan dapat mengakses produk yang diperlukan oleh mereka. Platform sebegini juga dapat mengurangkan kos pemasaran berbanding saluran jualan lain,” katanya lagi.

WhatsApp Image 2019 10 06 at 11.41.44 AM

WhatsApp Image 2019 09 23 at 8.37.19 PM

BATU PAHAT 23 September I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) terus mengungguli bidang penyelidikan dan inovasi di peringkat antarabangsa selepas menghadiahkan lapan pingat emas , lima perak, dua gangsa dan satu anugerah khas pada Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA'19) di Dewan Sultan Ibrahim (DSI), Batu Pahat, Johor, hari ini.

Anugerah Khas The Pitch Winner daripada Malaysian Business Angel Network (MBAN) telah dimenangi oleh Prof. Madya Dr. Palsan Sannasi Abdullah manakala dua produk inovasi rekaan beliau turut merangkul dua pingat emas menerusi produk BioChar Enriched Organic Planting MIX dan Activ-BioCarbon Enriched Personal Care Product.

Turut menyumbang emas adalah produk High Dielectric CCTO Capacitor oleh Prof. Madya Dr. Julie Juliewatty Mohamed, produk CORE Building OKU STEMpreneur oleh Prof. Dr. Raja Suzana Raja Kasim, produk inovasi Premium Multiblock : Multi Solution For Ruminants oleh Puan Nor Dini Rusli, produk rekaan Blok Batik Pointillisme oleh Encik Muhammad Najibul Muthiie Che Yaacob, produk pengajaran dan pembelajaran e-Siyahah An Interactive Platform to Learn Arabic Language for Tourism Purpose oleh Wan Ab Aziz Wan Daud dan rekaan inovasi Integrated Kenaf of Bio-Processing System Biozym Ultimate Debark Unit (B.U.D.U) oleh Dr. Mardawani Mohamad.

WhatsApp Image 2019 09 23 at 8.37.20 PM 1Pingat perak dimenangi oleh Prof. Madya Dr. Mohammad Amizi Ayob menerusi produknya bertajuk New Propagation Technique For Urban Agriculture, produk ciptaan Ts.Dr. Tan Tse Guan iaitu ARCOLAR - An Augmented Reality Colouring App With Book For Special Children Education, Dr. Nur Nabilah Shahidan menerusi produk Cationic P (DMA-CO-HEMA) for Biossay, Dr. Zubaidah Aimi Abdul Hamid dengan projek Application
Enhancement Efficiency of Silicone Based Antifoam dan Dr. Kamarul Ariffin Kambali @ Hambali melalui produk Anti Animal Trash Bin.

Manakala dua gangsa dimenangi produk inovasi batik Ayah Kob's Third Hand oleh Dr. Hanisa Hassan dan produk CE Mini-Bag and Cajuput Essential Oil – A sustainable natural Insecticide for Heritage Building oleh Dr. Suganthi A/P Appalasamy.

Hadia kepada para pemenang telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Dato’ Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir.

Turut hadir, Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Prof. Dato’ Ts. Dr. Wahid Razzaly, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMK, Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah dan Pengarah Pusat Pengurusan dan Penyelidikan (RMIC) UMK, Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman.

Sementara itu, Prof. Ts . Dr. Ahmad Ziad berkata kejayaan ini adalah pencapaian terbaik kumpulan penyelidik UMK sepanjang penyertaan di PECIPTA anjuran Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Katanya, pada PECIPTA 2017 UMK hanya berjaya meraih tiga pingat emas, satu pingat perak dan empat gangsa menerusi lapan produk yang dipertandingkan.

“Allhamdulilah, pada pertandingan kali ini UMK mencipta kejayaan cemerlang berbanding sebelumnya. Untuk makluman, kesemua penyertaan 15 produk dan inovasi pada tahun ini ditanggung sepenuhnya oleh RMIC dan mendapat sokongan daripada pihak pengurusan tertinggi universiti,” katanya pada Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah PECIPTA 2019 di Dewan Sultan Ibrahim UTHM, Batu Pahat, Johor, hari ini.

Tambah beliau, persediaan awal antara penyumbang utama kejayaan ini ialah pihak RMIC telah mengambil pendekatan dengan menilai terlebih dahulu setiap produk inovasi yang akan dipertandingkan di peringkat awal saringan.

WhatsApp Image 2019 09 23 at 8.37.20 PM

WhatsApp Image 2019 09 23 at 9.02.03 AM

BATU PAHAT 22 September I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mempertandingkan 15 produk penyelidikan di Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA'19) anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan dihoskan oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), di Dewan Sultan Ibrahim (DSI), Batu Pahat, Johor, bermula hari ini hingga 23 September 2019.

Lebih 411 produk penyelidikan dan inovasi dari Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/S), industri, agensi kerajaan dan swasta dipamerkan pada PECIPTA 2019 yang berlansung selama dua hari.

PECIPTA 2019 menjadi platform kepada penyelidik untuk meningkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) masing-masing.

Platform ini juga bertujuan menggalakkan jaringan dan kerjasama strategik antara IPT dengan pihak industri.

Pengarah Pusat Pengurusan dan Penyelidikan (RMIC) UMK, Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman, berkata kesemua produk penyelidikan inovasi yang dipertandingkan pada kali ini membuktikan universiti sentiasa menyokong usaha-usaha ke arah membudayakan penyelidikan khususnya kepada ahli akademik dan penyelidik di universiti.

Katanya, 15 produk yang mengambil bahagian ini adalah antara signature product ke arah pengkomersialan produk inovasi untuk di bangunkan kepada industri dan sekaligus dikembangkan kepada masyarakat sejagat.

Antaranya ialah New Propagation Technique For Urban Agriculture oleh Prof. Madya Dr. Mohammad Amizi Ayob, Premium Multiblock : Multi Solution For Ruminants oleh Puan Nor Dini Rusli, produk BioChar Enriched Organic Planting Mix dan Activ-BioCarbon Enriched Personal Care Product
oleh Prof. Madya Dr. Palsan Sannasi Abdullah.

Turut dipertandingkan adalah produk Blok Batik Pointillisme oleh Encik Muhammad Najibul Muthiie Che Yaacob, produk Ayah Kob's Third Hand oleh Dr. Hanisa Binti Hassan, Augmented Reality in Special Preschool Education oleh Ts.Dr. Tan Tse Guan, produk E-Siyahah An Interactive Platform to Learn Arabic Language for Tourism Purpose oleh Wan Ab Aziz Wan Daud.

Manakala Prof. Dr. Raja Suzana Raja Kasim melalui produk CORE Building OKU STEMpreneurs, Prof. Madya Dr. Julie Juliewatty Mohamed menghasilkan produk High Dielectric CCTO Capacitor, Dr. Nur Nabilah Shahidan dengan produk Cationic P (DMA-CO-HEMA) for Bioassay dan Dr Zubaidah Aimi Abdul Hamid menerusi inovasi Application Enhancement Efficiency of Silicone Based
Antifoam

Turut bertanding ialah produk Integrated Kenaf of Bio-Processing System Biozym Ultimate Debark Unit (B.U.D.U) yang dihasilkan oleh Dr. Mardawani Binti Mohamad, produk Anti Animal Trash Bin
oleh Dr. Kamarul Ariffin Bin Kambali @ Hambali dan produk CE Mini-Bag and Cajuput Essential Oil – A sustainable natural Insecticide for Heritage Building oleh Dr. Suganthi A/P Appalasamy.

Sempena PECIPTA’ 2019, pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti pameran 65 produk STEM, Pendidikan Khas dan IOT, Racing Fraunhofer Makethon dan IME Design Competition, Business pitching, Sesi Talk bersama Menteri, Ikon Usahawan serta Selebriti.

Turut berlangsung Seminar Inovasi Buluh Sebagai Sumber Ekonomi Baru bersama MTIB, sesi taklimat peluang meningkatkan produktiviti perniagaan melalui Bantuan Dana PPRN2.0 dan Food Truck serta Busking serta banyak lagi.

WhatsApp Image 2019 09 23 at 9.02.02 AM

WhatsApp Image 2019 09 23 at 9.02.04 AM

03552c60 498a 472a a27b 33bb0a681765

KOTA BHARU I Ratusan pelajar sekolah teruja bercampur 'gempar' dengan kemunculan tidak diduga adiwira terkenal dunia Spiderman dan kumpulannya di SMK Padang Enggang.

Spiderman diiringi oleh Kamen Rider dan Deadpool muncul sebagai memenuhi acara UMKVengers yang bertujuan untuk menyemarakkan minat pelajar di bidang sains, teknologi, matematik dan inovasi.

3Mereka tidak keberatan menarik perhatian ratusan para pelajar yang hadir dengan mempersembahkan tarian ‘flash mob’ di Dewan Uthmaniah, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Enggang.

Kemunculan watak 'superheroes' tersebut adalah sempena gimik pelancaran perasmian projek tanggungjwab sosial UMKVengers@School yang diselaraskan oleh Pusat Jaringan Industi dan Komuniti (CUIC), Pejabat Pusat Komunikasi Korporat, Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dan kerjasama semua PTj di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Pengarah CUIC, Prof. Madya Dr Wan Mohd Faizal Wan Ishak, berkata secara ringkasnya program UMKVengers@School melibatkan ceramah atau taklimat ringkas berkenaan kepakaran dan pengalaman penyelidik UMK untuk memberi ceramah dan berkongsi kepakaran di dalam slot khas yang diberi nafas baharu serta menyeronokkan.

Katanya, terdapat tiga segmen utama dimana pejabat CUIC akan mengenalpasti wakil-wakil penyelidik dan pentadbir daripada PTj di UMK yang memiliki kepakaran untuk memberi ceramah dan berkongsi kepakaran atau pengalaman mereka pada program ini.

“Selain itu, untuk segmen kedua membabitkan wakil atau duta-duta yang terdiri daripada siswa/siswi UMK ini mereka akan tampil dengan membuat persembahan flashmob atau senamtari dalam suasana yang santai dan menghiburkan sesuai dengan citarasa golongan muda iaitu pelajar sekolah sebagai sasaran audien utama projek UMKVengers@School.

“Manakala segmen ketiga membabitkan penglibatan wakil-wakil daripada pelajar UMK yang dipilih sebagai fasilitator untuk membantu sepanjang program ini berlangsung,” katanya selepas menyempurnakan majlis perasmian Program Jalinan Kerjasama Bersama Masyarakat “University for Society” UMK Vengers@School, di SMK Padang Enggang, baru-baru ini.

Sempena majlis itu, turut berlangsung aktiviti Demostrasi Seni Mempertahankan Diri(TKD), Flashmob dan Gimik serta sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK).

Menurut beliau lagi projek UMKVenger@school ini UMK akan mengenalpasti sekolah-sekolah samada di peringkat negeri Kelantan mahupun seluruh Malaysia dan luar negara.

Katanya, menerusi program ini pihak CUIC akan mempromosikan dan mengenali UMK sebagai Universiti Keusahawanan serta memberi motivasi kepada pelajar sekolah untuk bercita-cita ke menara gading terutamanya memilih UMK sebagai Universiti Pilihan Utama skaligus memilih program aliran Sains dan Teknologi.

“Selain itu, program ini juga selaras dengan hasrat dan saranan hasil daripada ucapan Menteri Pendidikan semasa amanat tahun 2019 iaitu ’Sekolah Untuk Komuniti, Universiti Untuk Masyarakat’ atau sering disebut melalui tagline UMK #UniversityForSociety.

4

WhatsApp Image 2019 08 30 at 10.04.40 AM

PENGKALAN CHEPA 29 Ogos I Penganjuran Kongres SosioEkonomi oleh Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan kerjasama Yayasan Bina Lestari merupakan satu permulaan kepada kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan bagi memperkasakan ekonomi Negeri Kelantan.

Naib Canselor UMK, Prof. Ts. Dr. Noor Azizi Ismail berkata, UMK sememangnya mampu untuk menjadi platform kolaborasi dalam bersama membangunkan sosioekonomi negeri Kelantan.

WhatsApp Image 2019 08 30 at 10.04.39 AMKatanya, ini termasuklah menyediakan tempat yang kondusif untuk kita bekerja bersama serta menjadi pakar rujuk dalam pembangunan sosioekonomi negeri Kelantan.

“UMK mempunyai kepakaran dan kerangka khusus yang boleh dimanfaatkan semua. Antara kepakaran tersebut meliputi pelbagai bidang, termasuklah dalam bidang pelancongan, perhutanan, sosioekonomi, pembangunan insaniah, bio-kejuruteraan, pertanian dan ekonomi digital.

“Contohnya dalam konteks untuk memperkasakan aktiviti keusahawanan, UMK mempunyai sistem sedia ada yang terbukti berkesan. Begitu juga dalam usaha menguruskan kemiskinan,” katanya pada Majlis Perasmian Penutup Kongres SosioEkonomi 2019, di UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, baru-baru ini.

Sementara itu, 75 resolusi penting bagi pembentukan pembangunan sosioekonomi dicapai hasil daripada perbincangan Meja Bulat sempena Kongres Sosioekonomi Kelantan 2019 bertemakan Inklusiviti Memperkasakan Kelantan.

Resolusi tersebut adalah hasil perbincangan meja bulat daripada 83 ahli termasuk pensyarah dari pelbagai universiti, wakil agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri: pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang persendirian.

Daripada kesemua resolusi itu, tujuh bidang fokus utama diberi tumpuan iaitu Pertanian Dan Makanan, Perkhidmatan Dan Pelancongan, Perhutanan Dan Perlombongan, Pembuatan, Industri Kecil Dan Sederhana, Guna Tenaga Dan Tadbir Urus Serta Pendidikan.

Prof. Ts. Dr. Noor Azizi Ismail telah menyerahkan dokumen resolusi kongres yang dibentangkan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr Arham Abdullah, kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) merangkap Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Kelantan, Dato’ Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal yang mewakili kerajaan negeri.

Antara kandungan resolusi itu meliputi cadangan dalam sektor perhutanan dan perlombongan adalah pembangunan ladang buluh untuk pekebun kecil serta mewujudkan makmal analisis mineral di UMK manakala bagi sektor guna tenaga dan tadbir urus pula adalah pemerkasaan intitusi zakat melalui penubuhan Lembaga Zakat Kelantan dan Perbadanan Wakaf Kelantan.

WhatsApp Image 2019 08 30 at 10.04.37 AM

6ce7aaf7 9cb7 4304 a193 3e4681cd3c84

PENGKALAN CHEPA 27 Ogos I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menjadi tuan rumah bagi penganjuran Kongres Sosioekonomi Negeri Kelantan 2019 bermula hari ini hingga 29 Ogos 2019.

Kongres dua hari ini bertemakan Inklusiviti Memperkasakan Kelantan. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tengku Temenggong Kelantan, Y.B.M Tengku Tan Sri Dato’ Hj. Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz, di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kelantan.

5db9f1cc dcae 4470 86c9 33455edd5ae3Dalam pada itu, ucaptama Kongres Sosio Ekonomi Negeri Kelantan telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, YB Senator Dr. Mohd Radzi Md Jidin bertajuk Inklusiviti Dalam Pembangunan Sosio Ekonomi Negeri Kelantan.

Kongres ini akan memberi keutamaan kepada usaha UMK untuk menggembleng gagasan para pakar untuk bersama memberi pandangan demi kemakmuran negeri Kelantan.

Titah Tengku Temenggong, YBM Tan Sri Dato’ Hj. Mohd Rizam berkata, kongres ini adalah sebagai penyediaan platform untuk bekerja bersama antara pelbagai pihak, khususnya antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Kelantan.

Titah beliau, kerjasama berdasarkan kepada potensi yang ada di Kelantan yang tidak dapat dimaksimumkan manfaatnya.

“Saya percaya bahawa potensi yang ada pada Kelantan adalah amat besar. Buktinya, bagaimana modal insan rakyat Kelantan yang diaspora sifatnya telah bersama menyumbang kepada pembangunan di luar Kelantan. Lihatlah bagaimana mereka di perantauan, mereka menjadi ikon dari pelbagai bidang, termasuklah dalam bidang pentadbir dalam pelbagai agensi, terkenal sebagai tokoh korporat, ikon keusahawanan dan sebagainya,” katanya pada ucapan perasmian di UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Dato’ (Dr.) Husammuddin Yaacub, Naib Canselor UMK, Prof . Ts . Dr. Noor Azizi Ismail, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (Bahagian Pembangunan) merangkap Pengarah UPEN, YM Dato’ Tengku Kaya Perkasa Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti, En. Mohd Nazri Mat Noor.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah, Pengarah Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan merangkap Pengerusi Pelaksana Kongres Sosio Ekonomi Negeri Kelantan, Prof. Madya Dr. Wan Ahmad Amir Zal Wan Ismail dan Pengerusi Yayasan Bina Lestari merangkap Pengerusi Pelaksana Bersama, En. Wan Muhammad Izzudin Wan Sulaiman.

bf4a76e5 8559 4aff b16e 8da2a242e69aTitah Tengku Temenggong, kita maklum UMK bukan sahaja mempunyai kekuatan dari aspek penyediaan program akademik dari fakulti pengajian yang signifikan kepada industri tetapi universiti ini juga mempunyai institut yang mampu memberi impak kepada komuniti seperti Institut Keusahawanan dan Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK).

Titahnya, dari sisi yang lain, bagi melonjakkan UMK lebih jauh, adalah menjadi hasrat saya agar kerajaan Persekutuan dan negeri Kerajaan turut membantu melengkapkan keperluan UMK dari pelbagai sudut.

Turut berlangsung, forum bertajuk Potensi dan Inklusiviti Sosioekonomi Negeri Kelantan. Panel jemputan terdiri daripada Pengarah UPEN, YM Dato’ Tengku Kaya Perkasa Dr. Tengku Mohamed Faziharudean, Profesor Ekonomi, UKM, Prof Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Azlan Ghazali, Pengarah Pembangunan Ekuiti, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, En Abdul Halim Abdul Aziz, Pengasas Inovastra Capital Sdn Bhd, Encik Nik Mohd Hasyudeen Yusoff dan Pengarah Institut Keusahawanan (UMKEI), Prof. Dr. Nik Maheran Nik Mohamad.

Turut diadakan ialah sesi perbincangan meja bulat melibatkan tujuh sektor, Bicara CEO bersama Pengarah Urusan, Technoriant Sdn Bhd.Dato’ Bruce Lim Aun Choong dan Syarahan Perdana oleh Pengarah MCMC, Dr. Ahmad Nasruddin Atiqullah Fakrullah.

ee4d8bc4 1232 4ac3 bfea e9dc0c882f7a

WhatsApp Image 2019 08 24 at 2.42.29 PM

KOTA BHARU 22 Ogos I Bengkel Program Rangkaian Penyelidikan Awam-Swasta (PPRN) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bukan sahaja berjaya mengenalpasti permasalahan (problem statement) industri tetapi dapat membantu meningkatkan tiga kali ganda produktiviti industri kecil dan sederhana (IKS) dan mikro industri.

Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Penyelidikan Dan Penyelarasan Dasar, Cawangan Perancangan Strategik, Unit Penyelidikan PPRN, KPM, Dr. Siti Fazriah Raja Mohamed, berkata program PPRN bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan mengukuhkan pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui program inovasi dan pengkomersilan melalui jaringan kerjasama universiti dan industri.

Katanya, menerusi bengkel ini banyak pertanyaan dan kekeliruan berjaya dirungkaikan melalui taklimat secara terus untuk mengenalpasti permasalahan yang berlaku.

“Ini adalah pendekatan terbaik daripada pihak universiti. UMK adalah IPT (Institusi Pendidikan Tinggi) pertama yang telah menjemput pihak KPM menyampaikan taklimat secara terus kepada penyelidik dan memberikan konsultasi khas untuk projek yang tertangguh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taklimat kepada 50 usahawan dan 60 penyelidik UMK yang menyertai bengkel PPRN 2.0 anjuran Pejabat Timbalan Naib Canselor (TNCPI) melalui Pusat Jaringan Industri Universiti Universiti (CUIC) dan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi UMK dengan kerjasama KPM di Hotel Jewels Kota Bharu, Kelantan, pada 21 Ogos 2019.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor ( Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts Dr. Arham Abdullah, Pengarah Pusat Jaringan Industri Universiti (CUIC), Prof . Madya Dr. Wan Mohd Faizal Wan Ishak dan Timbalan Pendaftar CUIC, Pn Alifah Adnan.

PPRN merupakan inisiatif inovatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai satu model kerjasama strategik antara industri dan akademia dengan sokongan perantara yang terdiri daripada KPM dan PPRN merupakan antara inisiatif Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11).

Sementara itu, Prof . Madya Dr. Wan Mohd Faizal berkata, melalui bengkel ini kita telah berjaya menghasilkan 12 potensi permasalahan antara lain berkai dengan bidang pertukangan emas, perlombongan, penternakan, pemprosesan makanan dan hospitaliti untuk permohonan baharu.

Katanya, pengenalpastian projek baharu ini adalah usaha kerjasama akademia dan industri untuk mendapatkan geran PPRN 2.0.

Beliau berharap para penyelidik UMK merebut peluang ini memanafaatkan peluang ini. Universiti ini mempunyai ramai selari dengan matlamat UMK untuk membantu pihak industri /syarikat di sekitar negeri Kelantan memperolehi manfaat bagi memajukan perniagaan terutama melalui geran PPRN yang ditawarkan.

“Ini adalah selaras dengan peranan Universiti untuk komuniti dan UMK sebagai Universiti Keusahawanan,” katanya.

5 1

PUTRAJAYA 10 OGOS I Pelbagai program dan usaha Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dalam menzahirkan kumpulan graduan usahawan mendapat kekaguman Kementerian Pembangunan Usahawan (MED). Bahkan komitmen UMK dalam pembangunan komuniti usahawan yang tidak hanya memfokus kepada para graduannya semata-mata disokong dan digalakkan oleh MED. Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Setiausaha nya Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi dipertemuan meraikan kunjungan hormat deligasi UMK yang diketuai oleh Naib Canselor nya Prof Ts Dr. Noor Azizi Ismail.

Turut hadir ialah pegawai utama agensi yang bernaung di bawah MED seperti Bank Rakyat, Tekun Nasional, SMEcorp, SME Bank, Institut Koperasi Malaysia, Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) dan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN).

"MED menyambut baik proposal kerjasama ini dan saya sangat menyokong untuk setiap agensi kami yang ada di sini pada pagi ini untuk melihat aspek mana yang boleh disegerakan agar nanti pelaksanaan menjadi lebih kemas dan lebih berimpak," katanya.

3Sehubungan dengan itu Datuk Wan Suraya positif untuk bekerjasama dengan UMK bagi penganjuran Malam Anugerah Keusahawanan Sosial (MAKS) yang dijangkakan berlangsung selewat - lewatnya awal 2020. MAKS adalah salah satu proposal yang dikongsikan oleh UMK kepada MED.

Prof Ts Dr. Noor Azizi menyifatkan kunjungan hormat ini menjadi titik tolak kepada jalinan kerjasama dalam skop yang lebih besar kerana MED dan UMK membawa aspirasi yang sama di bawah payung keusahawanan.

"Komitmen positif yang ditunjukkan oleh MED akan merealisasikan inspirasi Dasar Keusahawanan Negara 2030," katanya.

Menurut beliau lagi, MED memberi penekanan kepada kepentingan meningkatkan keusahawanan di kalangan rakyat Malaysia khususnya golongan B40 dan asnaf.

“Selain itu, dasar MED juga memartabatkan industri halal di Negara ini dan perkara ini sambut baik oleh UMK. Ini selaras dengan penubuhan Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (INSPEK) mempunyai ekosistem dalam membangunkan projek golongan B40 dan asnaf,” katanya.

Tambah beliau, ini termasuklah peranan Institut Keusahawan UMK (UMKEI) yang memberi penumpuan khusus kepada beberapa projek industri halal yang boleh di perkasakan lagi melalui kerjasama UMK-MED.

“DKN 2030 meletakkan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan dan ini adalah selari dengan kewujudan UMK sebagai sebuah universiti yang berteraskan keusahawanan. Oleh itu amatlah bertepatan sekali kerjasama erat antara agensi- agensi kerajaan ini di dapat perkasakan” katanya.

Menyentuh mengenai MAKS Pengarah Institut Keusahawanan NUMK-EI, Prof. Dr. Nik Maheran Nik Muhammad berkata MAKS adalah anugerah berprestij yang di rancang pada tahun hadapan bermatlamat untuk memartabatkan keusahawanan sosial di negara ini.

“Ini disambut baik oleh MAGIC, iaitu sebuah organisasi yang menjadi pendokong keusahawanan sosial di negara ini.

2

KERJASAMA UMK DAN INDUSTRI BAKAL LONJAK POTENSI BULUH KE ERA BAHARU SUMBER EKONOMI
 
KUALA LUMPUR 5 OGOS I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) positif buluh akan menjadi sumber baharu pendapatan negara. Keyakinan ini berdasarkan kepada kerjasama strategik yang dimeterai dengan beberapa pemain industri seperti Malaysia Timber Industries Board (MTIB), Natgreen Resources Sdn Bhd, Sujay Biotech dan A&M Co. Limited.

Naib Canselor UMK, Prof Dr. Ts. Noor Azizi B. Ismail berkata kerjasama strategik ini adalah serampang dua mata kerana di samping membangunkan ekonomi Malaysia, ianya membuka peluang pekerjaan baharu.

UMK sebagai institusi penyelidikan yang menyediakan kepakaran pembangunan dan penyelidikan melalui Fakulti BioKejuruteraan  dan Teknologi (FBKT) mengalu-alukan kerjasama  strategik ini yang akan melonjakkan pembangunan industri berasaskan buluh di Malaysia.

Dalam kerjasama ini, UMK dan MTIB serta pihak industri akan membentuk satu resolusi bersepadu sempena penganjuran forum perniagaan antarabangsa bertajuk 1ST INTERNATIONAL FORUM OF NATURAL RESOURCE TECHNOLOGY AND MANAGEMENT:  BAMBOO AS A DRIVER FOR  ECONOMIC GROWTH FOREST BEYOND TIMBER - NEW WEALTH CREATION FOR THE NATION yang bertujuan untuk mengumpulkan pakar-pakar industri dan akademia untuk bertukar maklumat dan pandangan dalam konteks potensi buluh sebagai sumber tenaga boleh diperbaharui di Malaysia dan menembusi pasaran antarabangsa. 

"Usaha ini juga adalah bersesuaian dengan peranan dan fungsi Universiti Malaysia Kelantan sebagai peneraju utama keusahawanan dan Jaringan Industri Universiti (CUIC) bersama FBKT yang mahu mengambil peluang ini untuk mengetuai usaha dalam memartabatkan industri berasaskan buluh, kata Azizi.

IBC 2019 telah dirasmikan oleh Menteri Industri Utama, YB. Puan Teresa Kok, di Hotel Seri Pacific

0I1A8910

, Kuala Lumpur. Konfrens ini  menghimpunkan 100 para akademik/penyelidik dan wakil-wakil industri  bergabung untuk meneroka bidang buluh melalui kajian/penemuan serta produk-produk yang telah dihasilkan tentang potensi ekonomi Buluh negara.

0I1A9037Enam pembentang utama forum ini terdiri daripada  Prof. Madya Dato’ Dr. Hj. Helmi Abdul Rahman, UiTM (Bamboo As A Driver For Economic Growth In The Energy Sector), Dr. M Laksmi Prasad (Sujay Bio Tech Pvt Ltd, India Bamboo As Planted Forest & Bamboo Biomass Yield And Feedstock Characteristics) dan pembentang seterusnya Prof. Dr. Rizalman Mamat, UMP (Potential of Bamboo Feedstock As Solid Fuel Pellet).

Selain itu, Wong Jae Senn, Natgreen Resources Sdn. Bhd  (Bamboo’s Application  Potential As Advanced Composite Material, Industrial Polymer – Petrochemical Replacement, Bamboo Fibres For Filler & Bamboo Textiles, Timber Wood Replacement & Structual Materials), Prof. Dr. Pauzi Zakaria, UM (Climate Change Mitigation) dan pembentang terakhir ialah Ketua Pegawai Eksekutif A&M Co. Ltd, Korea Selatan iaitu Mr. Jindong Gong (Bamboo Bioenergy Pellet Market Demand & Buyback Guarantee).

0I1A9075Pada majlis ini turut berlangsung majlis pertukaran dokumen  memorandum persefahaman (MoU) antara UMK dengan tiga industri iaitu MTIB, syarikat Natgreen Resources Sdn Bhd dan Sunjay BioTech. MoU ini akan disaksikan oleh YB Teresa Kok.

Pada majlis pelancaran itu, Kementerian Industri Utama akan memberi tumpuan untuk meningkatkan kelestarian industri buluh di Malaysia yang dilihat terkebelakang berbanding dengan negara jiran meskipun potensi ekonomi buluh sangat besar dan masih ramai tidak menyedarinya termasuk di Malaysia.

"Menyedari potensi ini, UMK berhasrat untuk meningkatkan R&D buluh ini ke peringkat yang lebih komprehensif dengan menjadikan UMK sebagai “teaching factory” yang bukan sahaja bagi menghasilkan tenaga pakar tetapi juga usahawan yang boleh mencipta peluang pekerjaan dan juga menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara", katanya lagi.

Selain FBKT, UMK  mempunyai kepakaran yang boleh melonjakkan lagi pembangunan sumber buluh ini melalui Fakulti Industri Asas Tani dan Fakulti Teknologi Kreatif Dan Warisan. 

UMK melalui CUIC, kini sedang bekerjasama rapat dengan pelbagai organisasi yang lain dalam memastikan teknologi dan inovasi berkaitan sumber alam ini tidak terhenti di sini.

KERJASAMA KUKUH ACADEMIA-INDUSTRI MELALUI   TALENT EXCHANGE PROGRAMME ATAU AlxCHANGE : CEO @ FACULTY PROGRAMME (CFP) 1.0 “LEARN FROM THE PROS”  MEMBABITKAN CEO INDUSTRI TERSOHOR SEPERTI LAZADA, NADICORP DAN TECHNORIANT
 
 

0I1A4736

Tiga Syarikat Korporat terbesar di Malaysia dilantik sebagai rakan strategik Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui program Academia-Industry Talent Exchange Programme (AIxCHANGE): CEO@Faculty Programme 1.0.

Penyerahan watikah telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, YB Puan Neo Teen Ching yang mewakili Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee Malek sempena Majlis Makan Malam Aixchange CEO@Faculty Programme yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 11 Julai baru-baru ini.

Mereka terdiri daripada Tan Sri Dr. Mohd Nadzmi Salleh (Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Nadicorp Berhad), Dato’ Bruce Lim Aun Choong (Managing Director Technoriant yang juga adalah Ketua Eksekutif Nexus, Malaysia Productivity Corporation) dan Mr. Zhou Leo Chow (Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia).

Tempoh pelantikan itu adalah selama dua tahun mulai 1 Januari 2019 hingga 31 Disember 2020.

Smua CEO terbabit akan terlibat pada program ini untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran kepada universiti samada bersama staf mahupun pelajar. Pejabat Jaringan Industri Universiti CUIC telah mengambil inisiatif dengan mengadakan pertemuan dengan semua CEO terbabit untuk mengenalpasti dan menyusun jadual bg aktviti pelaksanaan pgrm bersama.

Naib Canselor UMK, Prof. Ts. Dr. Noor Azizi Ismail, berkata pengurusan universiti amat bertuah dan merakamkan penghargaan serta terima kasih di atas inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang telah memberi mandat kepada ketiga-tiga syarikat korporat terkemuka ini untuk menjadi rakan strategik UMK. pemilihan tiga pemain industri yang cukup berkaliber ini untuk berkoloborasi dengan universiti dapat membantu melonjak UMK ke persada antarabangsa selaku universiti keusahawanan.

Kerjasama ini menjadikan universiti lebih relevan selaras dengan hasrat menjadikan UMK sebuah Universiti Keusahawanan No 1 Malaysia 2023,Asean 2026 dan 2030 di peringkat Asia.

0I1A4761

 
 
Halaman 1 dari 2

Kaunter Pelawat

Hari Ini
Bulan Ini
94
3538

Online (15 minutes ago):18
18 guests

Hubungi Kami


Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Malaysia Kelantan, Karung Berkunci 36, 
Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu, Kelantan

Tel : +609 - 771 7093 | Faks: +609 - 771 7022
Best View: 1280 x 800