Style Switcher

Layout options
  • Boxed Layout
  • Full Width Layout
Primary Color

Portal Rasmi Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)

portal1

Pengenalan

 

Sejak 2007, program pengajian pascasiswazah secara mod penyelidikan, skim Geran Penyelidikan Jangka  Pendek (SGJP) and Skim Pembantu Siswazah telah diperkenalkan di UMK. Sebagai sebuah universiti yang baharu pada ketika itu, penyelidikan dan inovasi merupakan satu tanggungjawab yang cukup mencabar untuk UMK oleh sebab kekurangan sumber manusia, kemudahan, ruang dan pembiayaan penyelidikan. Usaha penyuburan budaya penyelidikan di kalangan staf akademik terutamanya pensyarah-pensyarah muda juga antara salah satu kerumitan yang dihadapi oleh UMK pada peringkat permulaan.

Namun, kekangan-kekangan tersebut tidak menghalang usaha UMK untuk terus memperkasakan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) memandangkan ianya merupakan salah satu teras utama Universiti. Melalui penerapan elemen keusahawanan dan berbekalkan falsafah “do more with less” dan “business unusual”, UMK giat mengukuhkan asas penyelidikan dan inovasi (P&I) bagi memastikan ia menjadi salah satu agenda Universiti ke arah kecemerlangan akademik.

Dari tahun 2007-2015, Universiti berusaha untuk meletakkan namanya dalam bidang penyelidikan dan inovasi bermula dengan usaha pembudayaan penyelidikan di kalangan staf akademik sehinggalah ke proses mendapatkan geran dan penerbitan penyelidikan dan penghasilan harta intelek. Walaupun matlamat strategik dan kebolehcapaian yang telah ditetapkan (rujuk gambar di atas) berjaya dicapai, namun kejayaan tersebut adalah tidak memuaskan dari segi kualiti mahupun kuantiti. Masih banyak yang perlu dicapai pada masa akan datang untuk UMK kekal berdaya saing dan relevan dengan pihak-pihak berkepentingan.

UMK akan menjadikan Penyelidikan dan Inovasi sebagai satu agenda utama bagi mencapai Petunjuk-petunjuk Prestasi Utama (KPI) berdasarkan 10 Anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Tambahan pula, hala tuju baharu Belanjawan Berasaskan Prestasi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi memerlukan UMK untuk menjadi lebih strategik, transformatif dan agresif dalam memastikan KPI dapat dicapai. 

Walau bagaimanapun, UMK tidak akan mengejar kemajuan perkembangan penyelidikan dan inovasi Universiti-universiti Penyelidikan (RU) lain, tetapi sebaliknya akan memanfaatkan kekuatannya dalam bidang keusahawanan untuk membangunkan penyelidikan dan inovasi mengikut acuannya yang tersendiri. Walaupun penyelidikan asas adalah sangat penting, namun keutamaan juga akan diberikan dalam usaha mengkomersialkan hasil penyelidikan bagi memastikan Penyelidikan dan Inovasi berupaya untuk menjadi salah satu sumber pendapatan Universiti.

 

Kaunter Pelawat

Hari Ini
Bulan Ini
226
7036

Online (15 minutes ago):28
28 guests

Hubungi Kami


Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Malaysia Kelantan, Karung Berkunci 36, 
Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu, Kelantan

Tel : +609 - 771 7093 | Faks: +609 - 771 7022
Best View: 1280 x 800

 

Sertai Kami di Facebook