Style Switcher

Layout options
  • Boxed Layout
  • Full Width Layout
Primary Color

Portal Rasmi Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)

portal1

Pelan Strategik P&I

UMK telah merangka beberapa pelan tindakan dalam usaha memperkasakan Penyelidikan dan Inovasi di Universiti. Dari 2016 - 2020, UMK bercita-cita untuk mengukuhkan asas penyelidikan dan inovasi yang telah ditetapkan bagi memenuhi keperluan penyelidikan dan inovasi negara yang terus meningkat dan untuk kekal berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Sasaran-sasaran dibangunkan berdasarkan Pelan Strategik Penyelidikan dan Inovasi UMK (2016 - 2020) yang diterbitkan oleh Pejabat Pembangunan Korporat dan Pengurusan Kualiti, yang menekankan pencapaian seperti berikut: 

• Sekurang-kurangnya penglibatan industri dalam P&I sebanyak 50% menjelang tahun 2020 
• Purata geran penyelidikan - RM 20,000 untuk setiap staf akademik menjelang tahun 2020
• Geran penyelidikan antarabangsa bernilai sekurang-kurangnya RM 100,000 menjelang tahun 2020
• Sekurang-kurangnya lima (5) harta intelek bermula tahun 2019
• Nisbah penerbitan dalam jurnal berwasit sebanyak 0.7 setahun bagi setiap staf bermula tahun 2016
• Sekurang-kurangnya satu (1) pembentangan persidangan oleh staf akademik setahun bermula tahun 2016
• Pengiktirafan penyelidikan (anugerah) sebanyak lima (5) pingat emas setiap tahun bermula tahun 2016
• Sekurang-kurangnya dua (2) produk penyelidikan dikomersialkan menjelang tahun 2020
• Penganjuran sekurang-kurangnya lima (5) persidangan, seminar dan kursus jangka pendek penyelidikan di peringkat nasional dan/atau antarabangsa setahun menjelang tahun 2020
• Penubuhan lapan (8) Pusat Kecemerlangan untuk menyokong agenda P&I menjelang tahun 2020

Kaunter Pelawat

Hari Ini
Bulan Ini
201
7011

Online (15 minutes ago):3
3 guests

Hubungi Kami

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Malaysia Kelantan, Karung Berkunci 36, 
Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu, Kelantan

Tel : +609 - 771 7093 | Faks: +609 - 771 7022
Best View: 1280 x 800

Sertai Kami di Facebook