UMK, UNIVERSITAS TELKOM TANDATANGAN MOA ANTARABANGSA PENYELIDIKAN DAN TEKNOLOGI BAHAN

UMK, UNIVERSITAS TELKOM TANDATANGAN MOA ANTARABANGSA PENYELIDIKAN DAN TEKNOLOGI BAHAN

BACHOK 10 Mei I Berikutan Pandemik COVID -19, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) hari ini menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) Antarabangsa dengan Universitas Telkom (UT), Indonesia, secara atas talian bagi memperkukuh kerjasama kedua-dua universiti dalam bidang akademik dan kepakaran penyelidikan masing-masing.

Majlis menandatangani MoA telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah dan Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik UT, Dr. Bambang Setia Nugroho dan disaksikan oleh Dekan Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT), Prof. Madya Dr. Noor Azlina Ibrahim serta Timbalan Dekan Penyelidikan dan Hubungan Akademik UT, Dr. Mamat Rokhmat.

Melalui MoA tersebut, Prof. Ts. Dr. Arham berkata, kedua-dua pihak akan memberi tumpuan dalam kerjasama penyelidikan dan pembangunan, termasuk perundingan yang melibatkan perancangan kerjasama strategik berhubung projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta kepakaran inovasi yang menjadi daya saing kepada kedua-dua institusi.

Katanya, kerjasama itu turut membabitkan pertukaran maklumat dan perkongsian penerbitan akademik, ilmiah bagi tujuan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.

“Selain itu, perjanjian kerjasama ini dimanfatkan untuk pertukaran pelajar dan atau staf untuk melanjutkan pengajian, menjalankan penyelidikan dan perundingan serta penempatan dan latihan staf pelajar untuk mendapatkan pendedahan, meningkatkan kepakaran, profesionalisme dan pembelajaran sepanjang hayat.

“UMK dan UT juga akan mengatur aktiviti bersama seperti pameran, ceramah, seminar, bengkel, dan kerja lapangan dengan menekankan pada bidang tuju yang telah dipersetujui,” katanya dalam ucapan mewakili Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Noor Azizi Ismail.

Tambah beliau, melalui MoA itu, kami berharap bahawa kolaborasi ini tali ukur kekuatan untuk meningkatkan hasil pembangunan penyelidikan yang berimpak tinggi khususnya dalam bidang teknologi bahan yang melibatkan FBKT UMK dan dan Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FTE), UT.

000
Read 353 times Last modified on Tuesday, 06 July 2021 16:39
Rate this item
(0 votes)

Contact Us

DEPUTY VICE CHANCELLOR
(RESEARCH AND INNOVATION) OFFICE
UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
16300 Bachok
Kelantan

 
Tel : 09 - 779 7400
Email: tncpi@umk.edu.my

Enquiry / Complaint

Follow Us